Seharum Cinta Lestary



Seharum Cinta Lestary Lestary, Berdarah Kacukan Melayu Dubai Yang Jatuh Cinta Pada Dafiezudin Sewaktu Dirinya Telahpun Bergelar Tunangan Orang, Razim Siapakah Yang Dapat Menambat Hati Lestary

  • Paperback
  • 618 pages
  • Seharum Cinta Lestary
  • Ramlah Rashid
  • Malay
  • 05 May 2019

About the Author: Ramlah Rashid

Ramlah Rashid dilahirkan pada 1 Ogos, 1965, di Teluk Sareh Empai, Parit, Perak.Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Sareh 1972 1977 Sekolah menengah di SMK Sultan Muzaffar Shah 1, Lambor Kanan, Parit, Perak 1978 1982 Kolej Yayasan Anda 1983 1984.Penjawat awam di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia PPUKM ini menghasilkan pelbagai genre penulisan kreatif seperti puisi, cerpen dan novel.


10 thoughts on “Seharum Cinta Lestary

  1. says:

    Novel ni dah lama rupanya aku usai membacanya Dan ketika membersih dan menyusun semula novel novel di rak, aku temui novel ni Terus teringat rasanya tiada lagi review yang ditulis hik3 lalala5 Lestary gadis manis yang parah luka di hatinya Menelan kepayahan semenjak kecil menjadikan gadis ini memendamkan tiap resah di dalam hatinya Dia dihantui dengan kenangan silam yang menyebabkan dia sendiri lari daripada tanah airnya sendiri Hanan Alaa ibunya gadis Dubai yang serba mewah sanggup mening Novel ni dah lama rupanya aku usai membacanya Dan ketika membersih dan menyusun semula novel novel di rak, aku temui novel ni Terus teringat rasanya tiada lagi review yang ditulis hik3 lalala5 Lestary gadis manis yang parah luka di hatinya Menelan kepayahan semenjak kecil menjadikan gadis ini memendamkan tiap resah di dalam hatinya Dia dihantui dengan kenangan silam yang menyebabkan dia sendiri lari daripada tanah airnya sendiri Hanan Alaa ibunya gadis Dubai yang serba mewah sanggup meninggalkan keluarganya kerana jatuh cinta dengan ayah Lestary Namun nasib tidak menyebelahinya Dia bukanlah menantu pilihan Dicaci dan dicemuh mentua sendiri akhirnya berlaku satu tragedi yang sungguh menyayat hati.Lestary ketika itu sudah pun boleh memahami apa yang berlaku tidak mungkin dapat melupakannya Kerana itu si cekal Lestary tidak langsung mengharapkan kehadiran lelaki lain dalam hidupnya Dia bersendirian di tempat asal ibunya Mencari diri dan membina hidup atas kudrat sendiri Namun entah mengapa ada rindu yang bertamu Dan rindu itu membawa dia pulang ke Malaysia.Walaupun hatinya parah, Lestary cuba menguburkan dendam di hati Si nenek tua diziarahi Dalam kepayahan memori lama dibuka kembali kerana setiap ruang di rumah neneknya Wan Bada membawa dia kepada daerah kesakitan dan kelukaan Wan Bada yang menyesal dengan segala perbuatannya dahulu menghulurkan maaf Lestary cuba mensucikan hatinya, cuba memaafkan neneknya itu walaupun jauh di sudut hati masih ada rasa yang terkesan.Lestary bertemu dengan Mak Liah dan Pak Hasnol, mereka yang telah membesarkannya selepas kematian ibunya Di situ dia bertemu Razrim yang menyimpan perasaan terhadapnya Mengenangkan jasa keluarga itu, Lestary bertindak menerima pinangan Mak Liah Dia dan Razrim ditunangkan.Lestary bertemu Dafiezudin di tempat kerja barunya Hari demi hari hatinya terpaut dengan gaya Dafiezudin Cinta yang dibaja untuk Razrim bagaikan terbang melayang kepada Dafiezudin Dalam hati Dafiezudin sendiri, dia sudah meletakkan Lestary sebagai permaisuri Namun kerana persahabatannya dengan Razrim, rasa itu ditolak tepi Nak dijadikan cerita, dulu Razrim dan Dafiezudin pernah sukakan gadis yang sama, Sharlene Tetapi Sharlene telah memilih Razrim Dalam pada itu kebenaran tentang siapa pemilik hati dan jantung ibunya yang didermakan dulu membawa Lestary semakin rapat dengan Dafiezudin Rupa rupanya lelaki itu adalah penerima derma itu Rapatnya mereka menyebabkan Lestary makin tersepit Antara Razrim dan Dafiezudin, yang mana harus diutamakan Rasa hatinya disuakan pada Tania Dengan gadis itu, Lestary berasa lebih tenang Tapi tak disangka Tania juga menyimpan perasaan terhadap Dafiezudin.Tanpa diduga, Lestary hilang tanpa kesan Dia rupanya diculik oleh keluarga ibunya di Dubai Kalut mereka mencari Lestary namun tidak berjaya Kehilangan Lestary membawa rahmat kepada persahabatan Razrim dan Dafiezudin Masing masing menyokong antara satu sama lain dan menjadi dahan untuk bersandar Apatah lagi ketika itu kesihatan Dafiezudin tidak begitu bagus Kekecewaan yang ditanggung mendatangkan mudarat kepada jantungnya Di saat kritikal Razrim lah teman memberi semangat Dalam diam Razrim bertekad yang dia akan menyerahkan Lestary kepadanya andai Lestary kembali Kehadirian Lestary di saat saat Dafiezudin tenat umpama rahmat Namun siapa pilihan gadis manis itu Dan pastinya siapa yang perlu berkorban Dafiezudin, Lestary, Razrim atau Tania Ini kali kedua aku membaca tulisan Ramlah Rashid Seperti sebelumnya hasil sentuhannya memang memukau Dengan gaya bahasa yang puitis itu memang banyak membantu aku untuk merasai jiwa Lestary yang parah

  2. says:

    Lestary Dafiezudin Lestary Dafiezudin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *